RIADAH. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta (Penggajian) menganjurkan pertandingan boling persahabatan melibatkan staf dan ahli keluarga di Mutiara Damansara,Petaling Jaya baru-baru ini. Program dwitahunan yang diadakan buat kali ketiga itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 64 orang. Tujuan program itu diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara staf di samping meluangkan masa bersama ahli keluarga. Pertandingan itu dirasmikan oleh Pengarah LHDN Cawangan Duta (Penggajian), Ziad Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah, Noor Hayati Limat.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya