KUALA LUMPUR 18 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut digilis trak penunda selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) arah Kajang di sini pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, Tai Chun Beng, 44, yang menunggang bersendirian digilis selepas cuba memotong trak penunda yang sedang menunda sebuah bas. Bagaimanapun, cubaan mangsa untuk memotong trak itu gagal apabila motosikalnya hilang kawalan setelah terlanggar seorang pekerja pembersih jalan yang kebetulan berada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya