KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang lelaki berumur 37 tahun yang dipercayai mempunyai masalah mental ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan dua kejadian meletakkan patung berhala di Surau Sabilul Huda, Pandamaran, Klang baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, lelaki terbabit ditahan di sebuah rumah di Taman Pandamar Indah, pukul 6.15 petang semalam. “Suspek ditahan di rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari kedudukan surau itu di Taman Pandamar Indah. “Ujian air kencing yang dilakukan turut menunjukkan bahawa suspek positif dadah jenis syabu,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya