BUTTERWORTH 25 Feb. – Seorang pengusaha kedai menjual kereta terpakai di Jalan Baru, Perai di sini kerugian kira-kira RM600 selepas sebuah kereta dan cermin pejabat kenderaan terpakai miliknya dilastik menggunakan bebola besi malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, kedua-dua belah cermin penumpang belakang sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dilaporkan pecah akibat perbuatan yang dilakukan seorang suspek lelaki. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, ekoran kejadian itu, polis manahan seorang lelaki berusia 47 tahun dan merampas dua lastik serta beberapa biji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya