PETALING JAYA – Seorang pembantu kedai warga Bangladesh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dengan menoreh muka teman wanitanya minggu lalu. Tertuduh, Md. Saidul Islam, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris dihadapan Hakim Mabel S. Muttiah. Bagaimanapun, Hakim menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh jatuh hukum bagi membolehkan peguam bela menyediakan dokumen mitigasi kes itu. Terdahulu, Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh memohon satu tarikh lain bagi pihak pembelaan menyediakan mitigasi. Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya