LANGKAWI 17 Feb. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan menempatkan lebih 200 anggota sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ’19), bermula 26 hingga 30 Mac ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Norhafifi Ismail, berkata anggota dari Langkawi dan dari bahagian lain di Kedah akan membantu tugasan keselamatan dan kecemasan sepanjang berlangsungnya acara edisi ke-15 itu. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil peluang sempena acara bertaraf antarabangsa itu untuk memperkenalkan peranan badan beruniform itu kepada masyarakat. “Kami akan memohon ruang untuk mempamerkan aset darat dan air milik APM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya