KUALA LUMPUR 2 Feb. – Sebuah ladang ternakan ayam di Kuala Kubu Bharu dekat sini diarah tutup kerana dipercayai melepaskan air sisa berwarna hitam yang berbau busuk sehingga menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar. Penutupan tersebut diarahkan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selepas pihaknya mendapat aduan daripada penduduk pada awal bulan lalu. Dalam satu kenyataan, MDHS memaklumkan, pihaknya mendapati perkara itu berpunca daripada premis yang…










