LONDON 25 Feb. – Alexandre Lacazette dan Henrikh Mkhitaryan memastikan Arsenal melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas masing-masing meledak gol ketika membantu The Gunners menewaskan Southampton. Arsenal berkelebihan satu mata mengatasi Manchester United selepas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu terikat 0-0 menentang Liverpool di Old Trafford manakala pertemuan Chelsea menentang Brighton ditunda apabila The Blues bertemu Manchester City dalam final Piala Liga. Pemain Perancis, Lacazette membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum Mkhitaryan menggandakan jaringan pada minit ke-17. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya