RANTAU PANJANG 19 Feb. – Seni suara kokokan ayam hutan hibrid menjadi ‘kegilaan’ baharu kepada peminatnya sekali gus mempelbagaikan lagi hiburan dalam kalangan masyarakat di negeri ini. Kegilaan terhadap seni suara itu dapat dilihat dalam Pertandingan Kokokan Ayam Hutan Hibrid Terbuka Rantau Panjang di Kampung Parit Air, Pintu 2 Kastam di sini, apabila pemilik tidak putus-putus berteriak supaya ayam peliharaan mereka mengeluarkan suara walaupun menawarkan hadiah hanya ‘toto’, gelas dan mangkuk. Pada pertandingan itu, ayam hutan hibrid milik Abdullah Ali Yusoff, 62, dinobatkan sebagai juara menewaskan 59 ekor ayam lain.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya