SHAH ALAM 20 Feb. – Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) akan mengagihkan kira-kira 8,000 kit pengurusan jenazah ke surau, masjid dan hospital di negeri ini. Pengurusnya, Mohammad Syukri Ismail berkata, menerusi program Infaq Kit Pengurusan Jenazah, ia melibatkan kos kira-kira RM1.5 juta dan dijadualkan selesai diagihkan pada tahun ini. “Program ini adalah tanggungjawab sosial korporat dan ini menunjukkan pihak kami tidak hanya mengutamakan perniagaan yang berteraskan keuntungan semata-mata. “Kit yang lengkap untuk pengurusan jenazah lelaki dan perempuan ini didatangkan pada harga yang lebih murah iaitu RM190 berbanding harga pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya