JOHOR BAHRU – Sebuah klinik di Taman Century di sini yang beroperasi sejak 1975 diarah tutup serta merta selama 21 hari selepas didapati menjual sijil cuti sakit selain memberi ubat-ubatan tamat tempoh kepada pesakitnya. Klinik terbabit juga perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh sama selepas didapati gagal untuk memastikan pematuhan kepada aspek keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit. Notis terbabit diserahkan oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerusi enam pegawai yang hadir di premis terbabit sebentar tadi. Pemeriksaan dan notis penutupan dikeluarkan selepas pihak klinik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya