KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk mewajibkan suntikan vaksin imunisasi walaupun mengakui sukar untuk melaksanakan sesuatu program secara mandatori. Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian mempunyai tanggungjawab menyeluruh dalam memastikan golongan sasar dalam program itu mendapat pencerahan lanjut mengenai kepentingan vaksin. “Apapun kami akan mulakannya (dasar mewajibkan suntikan vaksin), tapi yang paling penting ialah keinsafan dan kesedaran ibu bapa bahawa keselamatan dan kesihatan anak mereka penting dan tahu risiko sekiranya tidak divaksin. “Golongan anti vaksin hanya diberi pendedahan dari sudut negatif dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya