SHAH ALAM 18 Feb. – Saksi prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memberitahu terdapat kesan tapak kasut berukuran sejengkal dan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu. Saksi kesembilan, R. Narresh, 30, yang juga sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam memberitahu, ketika rusuhan berlaku, dia ternampak Muhammad Adib tersandar di sebuah kereta sambil dikelilingi orang awam yang tidak membantu tetapi mengambil gambar sahaja. Katanya, dia telah meminta orang awam supaya memberi ruang kepada Muhammad Adib bagi membolehkannya bernafas sebelum berlari mencari kenderaan untuk menghantar anggota bomba itu ke hospital…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya