KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Kerajaan Pusat hari ini menyalurkan peruntukan berjumlah RM525,000 kepada kerajaan Terengganu untuk diagihkan kepada 3,219 mangsa yang terlibat dalam bencana Monsun Timur Laut (MTL) tahun 2018/2019. Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Dengan pemberian wang ihsan itu membolehkan setiap ketua isi rumah (KIR) menerima RM500 seorang. Daerah Hulu Terengganu menerima peruntukan tertinggi iaitu RM242,500 diikuti Kemaman (RM85,000), Marang (RM72,000), Kuala Nerus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya