KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kementerian Pendidikan menegaskan pihaknya tidak terlibat dengan penamatan kontrak mahupun pengambilan mana-mana pengawal keselamatan memandangkan perkara tersebut adalah perolehan perkhidmatan syarikat swasta. Menurut Kementerian Pendidikan, setiap perkara berkenaan kontrak pengawal keselamatan dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapatkan kontrak perkhidmatan. “Kita menafikan dakwaan Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) berkenaan pihak kementerian tidak menyambung kontrak syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah tamat tempoh pada 31 Disember lalu. “Sebaliknya, kontrak syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan yang telah tamat tempoh itu telah ditender semula mengikut keperluan semasa mengikut norma baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya