IPOH 24 Feb. – Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan sama ada terdapat kemungkinan sebuah restoran di Teluk Intan menggunakan bahan terlarang dalam masakan sehingga pelanggannya mengalami gejala khayal, lemah dan mengantuk selepas makan di premis berkenaan Isnin lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sembilan sampel makanan dari restoran tersebut telah diambil untuk dianalisis dan pihaknya sedang menunggu keputusan laporan tersebut. Katanya, siasatan kes berkenaan juga turut dijalankan oleh pihak polis dan setakat ini tiada sebarang keputusan diperoleh. “Kita mengesyaki memang ada bahan terlarang namun jenis bahan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya