PASIR PUTEH – Hutan di tiga jajahan di Kelantan iaitu Bachok, Pasir Puteh dan Gua Musang berisiko tinggi boleh berlaku kebakaran pada musim kemarau bermula dari sekarang. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Anwar Abu Bakar berkata, sebahagian besar hutan di tiga jajahan itu mengandungi tanah gambut yang mudah berlaku kebakaran dan sukar dikawal. “Mulai sekarang anggota bomba dan penyelamat di kawasan itu diletakkan pada tahap berjaga-jaga selama 24 jam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Sepak Takraw Piala Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya