SLIM RIVER – Seorang kelindan lori maut apabila dia dihentam sebiji tayar dipercayai daripada sebuah lori ketika mahu memeriksa lorinya di lorong kecemasan di Kilometer 372.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 5 pagi itu, mangsa, Abdul Rashid Abdul Rahman, 29, dari Teluk Intan itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati lori muatan barangan dapur dipandu Zaidi Abdullah, 30, bersama mangsa dalam perjalanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya