IPOH – Proses pewartaan Kampung Dew di Taiping sebagai kawasan kelip-kelip kini di peringkat akhir sebelum ia dilaksanakan tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing memberitahu, pada masa ini, pihaknya sedang menunggu proses teknikal bagi pewartaan tersebut seperti ukuran panjang dan keluasan Sungai Sepetang di kampung berkenaan bagi pewartaan zon habitat kelip-kelip. “Selepas itu, kita akan kemukakan ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) untuk mendapat kelulusan sebelum kawasan tersebut diwartakan sepenuhnya,” katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya