KUALA LUMPUR – Kanak-kanak istimewa kelainan upaya bersama ibu bapa masing-masing turut tidak melepaskan peluang menyertai Program Larian Wilayahku sempena ‘KL Free Car Morning’ di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini. Program ‘KL Free Car Morning’ anjuran DBKL sejak 2014 itu menutup jalan-jalan utama sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur selama dua jam bermula pukul 7 pagi bagi memberi peluang warga kota meluangkan masa hujung minggu dengan melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal, bersenam, berkasut roda dan sebagainya bagi menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat sejahtera.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya