HYDERABAD 17 Feb. – Beribu-ribu pengunjung menyerbu pusat beli belah CMR di Siddipet, Hyderbad hari ini apabila pusat beli belah itu mengadakan jualan runtuh sari dengan harga serendah 10 Rupees (57 sen) sehelai. Menurut Times of India, ribuan golongan wanita yang tidak mahu ketinggalan untuk ‘mengaut’ promosi itu dikatakan menunggu di hadapan pusat beli belah itu sejak awal pagi lagi. Beberapa pengunjung juga dilaporkan cedera ekoran berlaku insiden tolak-menolak. -AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya