KANGAR 20 FEB. – MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menubuhkan Jawatankuasa Tarbiah yang menjuruskan perhatian secara menyeluruh kepada pembentukan rakyat Perlis yang unggul. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, segala nilai murni diterap secara berjadual buat rakyat selepas perbincangan dan penelitian menyeluruh oleh jawatankuasa berkenaan. Baginda selaku Yang Dipertua MAIPs menyatakan, selain itu, Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis pula akan mengangkat ketinggian adat dalam kalangan rakyat. Jelas baginda, ketinggian adat itu selari dengan kehendak agama yang sentiasa mengutamakan ketertiban dan kemurnian akhlak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya