KULU LANGAT 19 Feb. – Rakyat tidak boleh menilai dan membandingkan kecekapan pemerintahan kerajaan yang sudah 61 tahun dengan baru berusia sembilan bulan. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, ini kerana kerajaan yang berusia sembilan bulan ini masih baharu, masih banyak perlu belajar dan di peringkat ‘bayi’ . Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu menilai kedua-dua zaman pemerintahan itu dengan adil dan betul. “Kalau kita nak nilai kerajaan, janganlah banding kerajaan yang 61 tahun dengan kerajaan yang berumur sembilan bulan. “Mana boleh kita banding bayi dengan seorang warga emas. Pengalaman berbeza.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya