KANGAR 18 Feb. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mahu para penggiat sukan tomoi di negeri ini supaya menjalin hubungan strategik dengan Thailand untuk mengembangkan sukan itu ke peringkat antarabangsa. Baginda bertitah, ini boleh dilakukan menerusi program pembangunan atlet yang berjangka panjang dengan melibatkan agensi-agensi kerajaan dan kelab-kelab sukan itu. “Manfaatkanlah kelebihan berjiran dengan Thailand untuk mengatasi cabaran daripada sudut kewangan, kepakaran, kekangan masa dan tenaga,” titah baginda. Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan majlis penutupan Kejohanan Muay Amatur Remaja Peringkat Kebangsaan 2019 di Arena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya