ABU DHABI 2 Feb. – Felix Sanchez percaya, kejayaan Qatar menjulang Piala Asia buat kali pertama memberi isyarat terbaik kepada pencabar mereka menjelang Piala Dunia 2022. Jurulatih kelahiran Sepanyol itu menegaskan, skuad Al-Annabi membuktikan mereka sememangnya layak menjadi tuan rumah Piala Dunia kerana bukan sahaja berkemampuan daripada segi kewangan, malah memiliki skuad bola sepak yang mampu memberi cabaran serius. Semalam, Qatar mengetepikan segala kesukaran dihadapi sepanjang beraksi dalam suasana penuh ‘konflik’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mengejutkan juara empat kali, Jepun di Stadium Bandar Sukan Zayed. “Hari ini, kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya