HULU LANGAT 23 Feb. – Calon Pakatan Harapan (PH), Muhamnad Aiman Zainali mengakui dirinya tidak terkesan dengan cercaan warganet berhubung isu tersalah cakapnya dalam ceramah kempen yang dijalankan di Pusat Daerah Mengundi Batu 26, Beranang, kelmarin. Katanya yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, kejadian itu sebenarnya hanya menunjukkan dirinya yang begitu bersemangat untuk membantu rakyat. Selain itu, katanya, beliau juga berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh. “Itu menunjukkan semangat saya. Apabila menang, hari seterusnya saya akan turun, saya akan bantu rakyat. Saya akan selesaikan masalah-masalah yang ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya