SEREMBAN 17 Feb. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan membawa masalah menangani anjing liar yang menganggu penduduk ke Parlimen bagi mendesak satu kaedah penyelesaian terbaik dalam isu tersebut. Beliau berkata, pembentangan itu dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip utama iaitu menjamin keselamatan penduduk, menjaga kebersihan dan melindungi kebajikan haiwan. “Kita perlu melihat semula Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana keutamaan perlu diberikan kepada keselamatan penduduk dan kebersihan premis dan pada masa sama mencari satu jalan penyelesaian yang tidak kejam terhadap haiwan. “Kita perlu kepada satu tindakan yang dapat sokongan semua pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya