MUNICH 17 Feb. – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Israel didakwa sedang ‘mencari-cari peluang melancarkan perang’, susulan serangan baru-baru ini terhadap sasaran Iran di Syria. “Tentunya beberapa orang sedang ‘mencari perang’,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Keselamatan Munich sambil merujuk perkara itu kepada ‘Israel’. Israel melakukan beberapa serangan udara bulan lepas terhadap apa yang dikatakannya adalah kemudahan milik Pasukan Quds di Syria. Israel telah melakukan beratus-ratus serangan udara di Syria dalam beberapa tahun terakhir menentang sasaran Iran dan Hezbollah. Iran adalah penyokong utama Presiden Bashar al-Assad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya