NEW YORK – Sekumpulan penyelidik mendedahkan pada Jumaat lalu bahawa angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Scott Kelly mempunyai sistem imun terlampau aktif selepas hampir setahun tinggal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kajian tentang sistem imun itu melibatkan Scott, 55, yang dihantar ke angkasa lepas manakala kembar seirasnya, Mark tinggal di bumi untuk melihat kesan jangka panjang hidup di angkasa lepas. Penemuan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan doktor kerana agensi angkasa lepas itu berhasrat mahu menghantar manusia ke planet Marikh. “Ia seperti jika badan bertindak balas terhadap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya