SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor mengempur pendatang asing tanpa izin (PATI) di lima buah pusat hiburan sekitar Puchong, Petaling Jaya dan Seri Kembangan, malam tadi. Dalam serbuan selama lima jam bermula 8 malam itu berjaya menahan 38 PATI termasuk 18 perempuan berusia 19 hingga 35 tahun. Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan tersebut adalah hasil maklumat dan risikan pihaknya terhadap kehadiran PATI yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), pekerja penghantar makanan dan minuman serta pelanggan. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kesemua PATI tersebut telah bekerja di pusat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya