KOTA BHARU 19 Feb. – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa dipanggil ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, di sini malam ini. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu tiba di pejabat SPRM Kelantan kira-kira pukul 9.25 malam ini. Beliau dikatakan akan memberi keterangan berhubung dakwaan pemimpin Pas menerima RM90 juta daripada UMNO menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini disiasat SPRM. Berita lanjut akan menyusul. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya