KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bagai kembali ke zaman kegemilangan Kesultanan Melayu, begitulah rasanya berada dalam majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Ke-33 di Dewan Utusan, di sini hari ini. Kira-kira 1,000 tetamu hadir dengan rata-ratanya memakai pakaian tradisional Melayu, lengkap bertanjak dan bersamping, menepati tema majlis iaitu Kesultanan Melayu. Terdahulu, majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima tanjak berona hitam dan perak sebagai cenderamata daripada penganjur. Menemani Anwar di atas pentas ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya