KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Rabu ini bakal menjadi acara yang menghimpunkan sasterawan dari seluruh pelusuk Malaysia. Dengan tema Kesultanan Melayu, acara itu bakal meriah dengan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan terdiri daripada penggiat sastera termasuk dari Sabah dan Sarawak. Malah, menurut Pengurus Komunikasi Korporat dan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan, Hazura Ahmad Halil, lima orang Sasterawan Negara turut telah mengesahkan kehadiran mereka bagi memeriahkan majlis. “Setakat ini lima Sasterawan Negara telah sahkan akan hadir, iaitu Datuk Seri A. Samad Said; Datuk Dr. Baharuddin Zainal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya