SUNGAI PETANI 20 Feb. – Hospital Pantai Sungai Petani memohon maaf berhubung penyiaran iklan tawaran biasiswa yang didakwa bersifat perkauman baru-baru ini dan memberi jaminan perkara itu tidak akan berulang lagi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tio Bee Chan berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan pada iklan yang dikeluarkan hospital swasta tersebut pada 8 Februari lalu. “Hospital Pantai mengamalkan polisi pengambilan pekerja secara sama rata dan tidak mempraktikkan sikap prejudis terhadap mana-mana bangsa mahupun agama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Kata beliau, kejadian itu memberi peringatan kepada dirinya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya