KATHMANDU 27 Feb. – Tujuh penumpang helikopter termasuk Menteri Pelancongan Nepal, Rabindra Adhikari terbunuh setelah terhempas di timur negara, hari ini. Menurut laporan media tempatan, helikopter membawa pegawai tinggi kerajaan itu terhempas berdekatan Sungai Sisne di Pathibhara, Taplelung. Penduduk tempatan memberitahu polis setelah melihat bola api yang besar di kawasan terhempas setelah helikopter itu hilang dalam perjalanan dari Pathibhara ke Kathmandu. Keadaan cuaca ketika itu dikatakan buruk pada kawasan dilawati menteri berkenaan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya