JELEBU – Seekor harimau kumbang yang dipercayai membaham ternakan penduduk di Kampung Geylang, Simpang Pertang di sini berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri kelmarin. Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, haiwan itu memasuki perangkap besi yang dipasang di kampung tersebut sejak dua minggu lalu pada pukul 10 malam. “Kami menggunakan umpan seekor kambing hidup yang diletakkan di dalam sangkar berasingan bersebelahan perangkap besi tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya