DHAKA 25 Feb. – Lelaki yang cuba merampas pesawat Biman Airlines sebelum ditembak mati komando Bangladesh, malam tadi dilapor menggunakan pistol tiruan dan mendakwa berbuat demikian kerana mempunyai masalah dengan isterinya. Lelaki berusia 25 tahun itu maut akibat luka tembakan dialaminya selepas menjadikan seorang kru pesawat sebagai tebusan, memaksa jet penumpang berkenaan mendarat cemas di lapangan terbang Chittagong. Kira-kira 134 orang penumpang dan 14 kru dibebas tanpa dicederakan selepas operasi pihak berkuasa yang berlangsung selama 10 minit. “Sebab dia melakukan jenayah itu kerana mempunyai masalah dengan isterinya dan mahu bercakap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya