BANGKOK 20 Feb. – Gempa bumi sederhana berukuran 4.9 skala skala Richter menggegarkan daerah Wang Nuea, dalam wilayah Lampang, di utara Thailand pada pukul 4.05 petang waktu tempatan, hari ini. Lapor Bernama, Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Thailand, Phuwieng Prakhammintara berkata, gempa pertama berlaku tengah hari sekuat 2.1 skala Richter dan diikuti beberapa gempa susulan. Gegaran gempa itu dirasakan di wilayah berhampiran termasuk Chiang Mai, Chiang Rai and Payao. Tiada laporan kehilangan nyawa setakat ini. AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya