TOKYO 21 Feb. – Gempa bumi sekuat 5.5 pada skala Richter menggegarkan Hokkaido tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Masih belum diketahui sama ada gempa bumi yang berlaku pada pukul 9.22 waktu tempatan itu mengorbankan nyawa atau kerosakan pada bangunan. Perkhidmatan tren laju Shinkansen dihentikan sementara di Hokkaido. Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, tiada sebarang gangguan melibatkan loji nuklear di rantau tersebut. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya