RAMALLAH 22 Feb. – Menteri Kewangan Palestin, Shukri Bishara mengumumkan pemotongan gaji terhadap kakitangan awam, sehari selepas Israel bertindak menyekat pemindahan wang cukai berjuta-juta dolar kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA). Ahad lalu, Kabinet Israel meluluskan untuk membekukan jumlah sebanyak AS$138 juta (RM562 juta) kepada Palestin, yang digunakan untuk membayar tahanan dipenjarakan di Israel. Israel mendakwa pembayaran menggalakkan lagi keganasan yang dicetuskan oleh penduduk Palestin. “PA akan membayar gaji kepada kakitangan awam mengikut jadual, tetapi akan dikurangkan,” jelas Shukri. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya