PHNOM PENH 25 Feb. – Seekor gajah ditemui mati dengan gading dan ekornya dipotong di kawasan pemuliharaan hidupan liar di wilayah Mondulkiri, timur laut negara ini. Bilangan gajah di negara ini kini tinggal beberapa ratus sahaja berikutan aktiviti pemburuan dan pembalakan haram. “Gading gajah berkenaan hilang dan ekornya juga dipotong,” kata jurucakap Menteri Alam Sekitar, Neth Pheaktra. Tambah Pheaktra, gajah tersebut dibunuh kira-kira 10 hari lalu. “Terdapat kesan luka akibat tembakan di bawah mata kanannya,” ujarnya. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya