KUANTAN – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menegaskan, standard prosedur operasi (SOP) yang digariskan kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit akan menyebabkan pencemaran air. Menurut beliau, pemprosesan bahan mineral itu menyebabkan air yang digunakan untuk membersihkan bijih bauksit akan dicemari logam berat sebelum mengalir ke sungai. “Berkenaan dengan isu ini, saya ingin menyatakan kekhuatiran saya dari aspek SOP yang diperkatakan. “Memproses bijih bauksit akan melibatkan sisa air yang mengandungi logam berat,” kata Fuziah menerusi kenyataan kepada media di sini hari ini. Fuziah berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya