TAIPING – Empat penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejantas kerana hujan mengalami kecederaan selepas mereka dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 204.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan petang semalam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.20 petang itu, seorang pelajar kolej, Umi Umairah Ahmad Salleh Hudin, 22, patah kaki dan peha manakala Siti Nur Atikah Yahaya, 22, pula parah di bahagian kepala. Dua lagi penunggang motosikal, Muhd. Fitri Zaini, 19, dan Muhd. Akmal Abdull Somat, 20, masing-masing cedera di beberapa bahagian badan. Pemangku Ketua Polis Daerah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya