TAIPING 19 Feb. – Empat penunggang motosikal yang sedang berteduh di bawah jejantas di Kilometer 204.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini berdepan detik cemas apabila dirempuh sebuah kereta yang terbabas semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, seorang pelajar kolej, Umi Umairah Ahmad Salleh Hudin, 22, patah kaki dan peha manakala Siti Nur Atikah Yahaya, 22, pula parah pada kepala. Dua lagi penunggang motosikal, Muhd Fitri Zaini, 19, dan Muhd Akmal Abdull Somat, 20, masing-masing cedera beberapa bahagian badan. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya