KEPALA BATAS 21 Feb. – Polis berjaya melumpuhkan dua kegiatan pengedaran dadah selepas menahan dua lelaki dan merampas ganja seberat 1.25 kilogram bernilai kira-kira RM60,000 dalam dua serbuan di sekitar daerah ini, Selasa lalu. Kedua-dua suspek berusia 30 dan 48 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di dua buah rumah antara pukul 11 pagi dan 7 petang. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas sejumlah tumbuhan kering disyaki ganja bernilai hampir RM60,000 yang disimpan oleh kedua-dua suspek. “Dalam serbuan pertama di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya