CARACAS 24 Feb. – Dua maut manakala 300 cedera dalam demonstrasi bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubat merentasi sempadan negara itu. Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dalam pertembungan dengan aktivis setelah sukarelawan cuba membawa masuk 200 tan bantuan dari Colombia. Sementara itu, ahli parti kepada Presiden Interim Juan Guaido, Freddy Superlano dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah diracun dadah ‘Devil Breath’ ketika bersarapan di sempadan Colombia. Selain itu, sepupu dan pembantunya maut ekoran diracun sama yang selalu digunakan dalam rompakan dan serangan seks. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya