TELUK INTAN – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan lasak pacuan empat roda di Kilometer 16.5 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, A. Maheshwara Rao, 26, dan M. Shasissegar, 25, masing-masing berasal dari Hutan Melintang itu meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Teluk Intan menghala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya