SEREMBAN 17 Feb. – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden yang menimpa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas proses penamaan calon di Semenyih, Selangor semalam, sebagai kesalahan kedua-dua belah pihak. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, perbuatan kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) mengejar, mengerumuni dan menghamburkan kata-kata kesat terhadap menteri itu adalah tidak betul dan tidak wajar dilakukan. Bagaimanapun, katanya, tindakan Syed Saddiq tidak menggunakan laluan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis juga adalah tidak wajar dan boleh dianggap sebagai satu provokasi. “Ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya