WALAUPUN tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau masih belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya, bahangnya sudah mula dirasakan. ‘Panas’ bukannya kerana persaingan antara mereka yang bertanding, sebaliknya ekoran perebutan untuk menonjolkan diri sebagai calon bagi Pakatan Harapan (PH). Calon PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. S. Streram bukan lagi individu tunggal untuk mengisi tempat itu meskipun sebelum ini beliau seolah-olah sudah mendapat restu pucuk pimpinan PKR negeri dan Pusat. Ketua PKR Cabang Rembau, R. Tanggam awal-awal lagi tidak mahu Streram yang juga timbalannya di bahagian itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya