JERMAN 25 Feb. – Borussia Dortmund mereka kembali dalam perebutan Bundesliga apabila melakar kemenangan 3-2 ke atas Bayer Leverkusen, semalam. Gol kemenangan dijaringkan oleh Mario Gotze sekali gus mengutip tiga mata pertama dalam empat aksi liga dan membolehkan mereka mengatasi pencabar terdekat, Bayern Munich tiga mata selepas mereka menewaskan Hertha Berlin 1-0. Dortmund berada di puncak liga pernah memiliki kelebihan sembilan mata namun mereka gagal mencipta satu kemenangan daripada lima perlawanan dalam semua kejohanan. “Kami tidak mengawal permainan sebaliknya Leverkusen yang melakukannya,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya